Kane bersama Tottenham sehingga 2022

Kane bersama Tottenham sehingga 2022

LONDON, 1 Dis – Penyerang England, Harry Kane menjadi bintang terbaru kepada komitmen masa depannya kepada Tottenham Hotspur, menandatangani kontrak baru di kelab Liga Perdana Inggeris sehingga 2022.

Perjanjian itu menggantikan kontrak lima tahun yang ditandatanganinya pada bulan Februari 2015 dan dilaporkan pemain berusia 23 tahun itu menjana pendapatan AS$ 101,000 seminggu.

“Sungguh mengagumkan. Semua orang tahu saya amat menyanyangi pasukan ini dan apa yang saya rasa untuk kelab ini,” Kane, yang menamatkan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana musim lalu dengan 25 gol memberitahu laman web Tottenham hari ini.

“Untuk menandatangani lagi kontrak adalah perasaan yang istimewa. Kami memiliki kehebatan, skuad muda dan kelab sedang bergerak ke arah yang betul.”

Selepas muncul melalui akademi Tottenham, Kane membuat penampilan sulung pada tahun 2011 tetapi ia mula bersinar pada akhir kempen 2013-2014.

Musim berikutnya, beliau menjaringkan 21 gol dalam liga dan beliau kini mempunyai 70 untuk Spurs dalam 137 penampilan.

Kane baru sahaja kembali dari rehat tujuh minggu selepas mengalami kecederaan buku lali tetapi telah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan terakhir.

Kyle Walker, Christian Eriksen, Eric Dier, Danny Rose dan Dele Alli semua telah melanjutkan perundingan mereka di Spurs. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA