Kane perlukan masa – Pochettino

Kane perlukan masa – Pochettino

STOKE-ON-TRENT, United Kingdom, 9 Sept – Pengurus pasukan Sprus, Mauricio Pochettino menegaskan dia tidak bimbang dengan permulaan sukar kempen baru oleh pasukannya dan bintang penyerang Harry Kane.

Pengurus dari Argentina itu percaya ia hanyalah tentang masa. Mungkin bermula dengan kunjungan ke Stoke esok di mana Kane, yang menjaringkan 32 gol dalam semua persaingan musim lalu, akan memulakan kedudukan.

Spurs menang sekali dan dua seri dalam tiga perlawanan liga mereka dan Kane belum menjaringkan gol dalam 10 perlawanan sejak menjaringkan gol bagi pasukan England dalam perlawanan persahabatan menentang Turki sebelum Kejohanan Eropah.

Kepercayaan Pochettino kekal dari musim lalu dan kegagalan Kane untuk menjaringkan gol dalam lapan perlawanan pertamanya musim ini.

“Saya akan meletakkan yang sama seperti musim lalu, bagi Harry untuk mula menjaringkan gol dan kemudian menjaringkan 25,” kata Pochettino, yang membimbing Spurs menempah tempat ke Liga Juara-Juara musim lalu.

Kane sandaran Tottenham Hotspur menentang Stoke City esok. – AFP
Kane sandaran Tottenham Hotspur menentang Stoke City esok. – AFP

“Dia perlu bertenang. Memang selalu sukar selepas Euro dan kemudian jangkaan ke atasnya adalah besar.

“Setiap bola yang disentuhnya, kami menunggunya untuk menjaringkan gol dan sukar apabila anda perlu cergas, untuk memberikan anda yang terbaik, ia mengenai kesabaran, masa dan kerja keras.

“Jangkaan musim panas lalu bersama pasukan B-21 England adalah untuk memenangi perlawanan dan dia tidak menjaringkan gol, jadi ia adalah sama. Tetapi dia lebih matang dan memiliki lebih banyak pengalaman dan dia akan mula menjairngkan gol lagi.”

Kedatangan Vincent Janssen dari AZ Alkmaar juga telah membantu, kata bos Spurs itu. “Sekarang kami memiliki alternatif yang berbeza, Harry dan Vincent Janssen atau hanya Harry,” katanya. – AFP