Kane tak hirau ancaman Foxes

Kane tak hirau ancaman Foxes

LONDON, 12 Jan (AFP) – Harry Kane percaya pertemuan Tottenham dalam persaingan Piala FA menentang Leicester hanya akan memberikan bayangan terhad terhadap keputusan pertembungan Liga Perdana esok di antara kedua-dua pasukan.

Leicester yang dikendalikan Claudio Ranieri akan kembali ke White Hart Lane empat hari selepas sepakan penalti minit akhir Kane menyelamatkan Tottenham daripada penyingkiran lebih awal daripada persaingan itu dan memberikan perlawanan ulangan di stadium King Power minggu depan.

Kedua-dua pasukan berbalas-balas pertembungan piala, dengan Kane membuat sumbangan terakhirnya selepas muncul sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Penyerang England itu akan kembali ke dalam kesebelasan utama pasukan Mauricio Pochettino bagi perlawanan yang akan menyaksikan Spurs, yang pada masa ini berada di tangga keempat, bergerak satu mata di depan Leicester yang mengekalkan permulaan menarik dan berada dalam pusingan perlawanan di tempat kedua.

Dan bercakap selepas perlawanan piala, Kane berkata, “Saya rasa ia perlawanan yang berbeza dalam Liga Perdana. Kedua-dua pasukan menghampiri kedudukan teratas, jadi kami sudah bersedia.

Kane tidak serik berdepan Leicester City walaupun The Foxes musuh ketat mereka dalam aksi Piala FA. – Reuters
Kane tidak serik berdepan Leicester City walaupun The Foxes musuh ketat mereka dalam aksi Piala FA. – Reuters

“Ini sedikit rasa dan sekarang kami menentang mereka esok dan seminggu selepas itu. Kami sudah cukup merasakan pertemuan bersama mereka! Kami berharap kami akan mendapatkan beberapa mata dari mereka.”

Sepakan penalti Kane adalah jaringan ke-50 bagi kelab itu dan rentak menarik penyerang itu sejak berada dalam pasukan pertama Spurs musim lalu menyaksikannya diintai oleh kelab-kelab teratas Eropah termasuk Real Madrid.

Tetapi pemain berusia 22 tahun itu menegaskan dia tidak merancang untuk meninggalkan kelab utara London itu dan gembira untuk meneruskan perkembangannya di White Hart Lane.

“Terdapat khabar angin mengenainya tetapi saya gembira berada di sini. Kelab itu berada dalam rentak yang bagus dan kami memiliki masa depan yang hebat, jadi saya tidak akan pergi dan melihat apa yang berlaku,” katanya.