Kane: United ‘harapan’ Spurs

Kane: United ‘harapan’ Spurs

LONDON, 26 April – Penyerang Harry Kane meminta belas ihsan Manchester United untuk menyelamatkan Tottenham Hotspurs untuk membuka semula saingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris selepas pasukannya hanya seri 1-1 menentang West Bromwich Albion, awal pagi tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan Leicester hanya memerlukan tiga mata atau satu lagi kemenangan untuk mendakap kejuaraan liga. Tottenham menyasarkan tiga mata penuh untuk merapatkan perbezaan lima mata daripada pendahulu liga, Leicester namun mengutip satu mata di White Hart Lane menjadikan buruan mereka semakin malap.

Pada awalnya, Spurs seakan bernafas apabila memperoleh gol menerusi jaringan sendiri Craig Dawson. Namun skuad kendalian Mauricio Pochettino itu seakan kehilangan rentak permainan pada babak kedua dan pertahanan Albion itu mengejutkan Spurs dengan jaringan penyamaan menerusi tandukan pada minit ke-73.

Skuad dari utara London itu kini tujuh mata di belakang Leicester dengan saingan liga hanya berbaki tiga perlawanan lagi. Namun skuad Leicester Claudio Ranieri bakal mencatat sejarah baru bola sepak Inggeris sekiranya mereka menang di Manchester United, Ahad ini.

Kane masih yakin Tottenham yang akan bertandang ke Chelsea, Isnin depan, tidak semudah untuk menyerah namun memerlukan ‘nyawa’ dari United yang turut mahukan kemenangan bagi melayakkan diri ke empat kelompok teratas liga.

Kane berharap Man United akan mengurangkan momentum Leicester City Ahad ini. – AP
Kane berharap Man United akan mengurangkan momentum Leicester City Ahad ini. – AP

“Kami bertemu Chelsea nanti. Kita mengharapkan Man United akan membantu kami,” kata Kane kepada stesen Sky Sports. “Ia masih belum berakhir. Kami perlu terus berjuang. Kami memang perlu menang perlawanan ini (West Brom) namun dikecewakan,” kata Kane.

“Kami ada banyak peluang pada babak pertama tetapi gagal menyempurnakannya. Pada babak kedua juga kami tidak cukup bagus.

“Kami rasa dapat menang dengan mudah jika bermain dengan rentak babak permulaan, tetapi inilah bola sepak. Apa yang dapat kami lakukan adalah terus berjuang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA