Kanopi jalan kaki dibuka di Berlin

Kanopi jalan kaki dibuka di Berlin

BEELITZ, Jerman, 28 Sept (dpa) – Sebuah denai kanopi baru berukuran 320 meter panjang telah dirasmikan di lapangan hospital lama selatan Berlin sebagai sebuah tarikan pelancongan baru Jerman.

Didirikan di atas 15 tiang, kanopi pejalan kaki selebar 2.5 meter itu dibina menggunakan kayu dan keluli pada ketinggian 23m dan menawarkan pemandangan panoramik bekas hospital lama Beelitz Heilstaetten serta kawasan desa di sekelilingnya.

Titik permulaan tarikan itu adalah sebuah menara pemerhati dan ia mengharapkan pada masa akan datang untuk meluaskan lagi laluan pejalan kaki itu sepanjang 1,000m.

Sekitar 40 pelbagai spesies pokok kini tumbuh subur di kawasan hospital itu yang dulunya tempat sanatorium bagi pesakit paru-paru yang terbesar di Jerman.

ARTIKEL YANG SAMA