Kapak tertua ditemui

Kapak tertua ditemui

SYDNEY, 11 Mei (AFP) – Serpihan batu yang ditemui di Australia dipercayai dari kapak yang dikenali sebagai yang tertua di dunia dan mungkin wujud sejurus selepas manusia tiba di negara itu kira-kira 50,000 tahun lalu, menurut para ahli sains hari ini.

Serpihan itu, yang saiznya kira-kira saiz kuku ibu jari, telah ditemui di rantau Kimberley Barat Australia yang tidak ramai penduduk dan usianya menunjukkan bahawa teknologi asli awal adalah baru dan berdaya cipta.

“Ini tidak diragui lagi kapak tertua di dunia,” Peter Hiscock, ilmuan Universiti Sydney yang menganalisis serpihan itu, memberitahu AFP. Serpihan itu telah digali pada tahun 1990an, tetapi tidak sehingga baru-baru ini bahawa kepentingannya telah diperakui dan disahkan oleh teknologi baru.

“Ia adalah serpihan yang agak kecil, saiznya lebih satu sentimeter (setengah inci) panjang,” kata Hiscock yang menggunakan mikroskop digital untuk menganalisis serpihan itu dan memastikan ia adalah buatan manusia. “Ia adalah serpihan dari hujung kapak lonjong atau kapak pemotong batu,”

Ketua arkeologi dan penuntutnya memeriksa kapak yang dipercayai tertua di dunia itu. – AFP
Ketua arkeologi dan penuntutnya memeriksa kapak yang dipercayai tertua di dunia itu. – AFP

Serpihan itu berusia antara 46,000 dan 49,000 tahun. Manusia dikatakan tiba di Australia kira-kira 50,000 tahun lalu. “Ia mungkin bukan kapak tertua yang dibuat, adalah menyeronokkan jika kita menemui serpihan dari kapal pertama. Saya kira nasib saya tidak baik,” Hiscock berseloroh.

“Tetapi itu mungkin menunjukkan kapak ini pada atau baru selepas ketibaan manusia di Australia.” Penemuan itu muncul di Kaji Purba Australia. HIscock berkata adalah menarik kemunculan paling awal kapal di Australia nampaknya berketepatan dengan ketibaan manusia di landskap.

“Ketepatan masa ketibaan manusia dan kemunculan kapal menunjukkan daya cipta,” katanya. “Kapak tidak dibuat di Afrika, ia tidak dibuat di Timur Tengah. “Dengan demikian mereka yang berpindah keluar dari Afrika tidak mempunyai kapak. Mereka tiba di Australia dan mereka mencipta teknologi ini. Itu menunjukkan bahawa ada kebaharuan, kemampuan pembaharuan.”