Kapal bawa letupan ditahan

ATHENS, 11 Jan – Pihak berkuasa Greece berkata mereka telah menahan sebuah kapal pengangkut dengan bendera Tanzania dan menangkap anak kapalnya kerana didakwa membawa bahan letupan ke Libya dengan melanggar sekatan antarabangsa.

Kementerian Perdagangan Marin berkata Andromeda dihentikan di selatan pulau Greece, Crete pada hujung minggu berikutan rasuah dan dibawa ke pelabuhan Crete untuk diperiksa.

Mereka mendapati kapal tersebut membawa sebanyak 29 kontena berisi muatan bahan peledak dan letupan, menurut dokumen kapal, barang tersebut telah dimuatkan di Turki dan dihantar menuju ke pelabuhan Djibouti di timur Afrika.

Bagaimanapun, menurut kenyataan kementerian semalam, pemilik kapal kemudiannya mengarahkan kapten untuk menukar haluannya dan membawa kargo ke pelabuhan Misrata di Libya. Anak kapal yang ditahan dikenal pasti sebagai lima warga India, dua warga Ukraine dan seorang warga Albania. – AP