Kapal bekalan angkasa lepas terbakar

Kapal bekalan angkasa lepas terbakar

MOSCOW, 8 Mei (AFP) – Kapal bekalan yang tanpa manusia terbakar apabila masuk semula di Lautan Pasifik hari ini, seminggu selepas kapal angkasa lepas itu mengalami masalah perhubungan, menurut agensi angkasa lepas Rusia.

“Kapal angkasa lepas Progress M-27M berhenti apabila keluar pada pukul 5:04 waktu Moscow pada 8 Mei 2015. Ia memasuki atmosfera di bahagian tengah Laut Pasifik,” Roscosmos berkata dalam satu kenyataan.

Hampir kesemua kapal angkasa lepas yang mempunyai saiz sama telah berkecai di atmosfera atau mendarat di lautan, yang meliputi kebanyakan permukaan Bumi. Rusia telah menghantar tiga atau empat kapal angkasa lepas seumpama itu setiap tahun untuk membekalkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa(ISS). Selepas membuat penghantaran ia menjunam kembali ke Bumi, terbakar di atmosfera di atas Lautan Pasifik.

Kapal angkasa lepas itu, rekaan Soviet pada dasarnya terkenal dengan berkualiti untuk dipercayai, berlepas menuju ISS pada 28 April, dengan membawa oksigen, air, alat ganti dan bekalan lain bagi mengelilingi makmal angkasa lepas yang mempunyai kru yang terdiri daripada enam angkasawan antarabangsa.

Beberapa jam selepas dilancarkan, kawalan misi telah kehilangan perhubungan dengannya.

Suruhanjaya khas sedang menyiasat kejadian itu, menurut timbalan ketua Roscosmos.

Sumber-sumber dalam industri angkasa lepas memberitahu agensi-agensi berita Rusia bahawa kemalangan itu berpunca daripada masalah dengan roket Soyuz yang membawa kapal kargo ke orbit, dan bukan kapal bekalan itu.

Sumber rapat dengan pihak suruhanjaya memberitahu agensi berita Interfax semalam bahawa roket meletup beberapa saat sebelum itu dan kapal Progress dijangka berpisah. Jenis roket sama digunakan bagi kapal-kapal yang dikendalikan, bermakna sebarang masalah dengannya perlu disiasat sebelum pelancaran dikendalikan, seterusnya.

Kru ISS tidak dalam bahaya kerana kekurangan bekalan kerana kapal bekalan AS boleh membawa penambahan semula pada 19 Jun.

Tetapi sumber dalam industri angkasa lepas memberitahu agensi berita Interfax Selasa lalu bahawa kawalan misi bagaimanapun memberitahu kru supaya menyimpan sumber.

TASS dan agensi berita Interfax memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pelancaran angkasawan seterusnya ke stesen itu mungkin ditangguhkan ekoran masalah ini. Rusia baru-baru ini mengalami siri-siri masalah yang mendedahkan kekurangan dalam program angkasa lepasnya.

Kapal bekalan Progress terhempas di Siberia sejurus selepas dilancarkan dalam tahun 2011. Moscow juga kehilangan beberapa satelit komersial yang menguntungkan.

Sejak penangguhan program Kapal Ulang-alik angkasa lepas AS, Moscow telah memonopoli dalam penghantaran angkasawan ke ISS dari tapak pelancar Baikonur, di Kazakhstan.

ARTIKEL YANG SAMA