Kapal China masuk perairan Jepun

Kapal China masuk perairan Jepun

TOKYO, 15 Jun (AFP) – Sebuah kapal pengintip China memasuki perairan wilayah Jepun hari ini, kata pegawai Tokyo, kurang seminggu selepas sebuah kapal tentera laut pesaing belayar berhampiran pulau yang berada di tengah perbalahan kedaulatan.

Kebimbangan mengenai kehadiran tentera China yang meningkat di perairan Asia telah mencetuskan kebimbangan di Jepun, yang mentadbir pulau di Laut China Timur yang juga dituntut oleh Beijing dan di mana ketegangan di antara kedua-dua kuasa menjadi semakin parah.

Sebuah pesawat udara pengawasan tentera laut Jepun P-3C menemui kapal ‘pengumpulan maklumat’ China kelas Dongdiao seberat 6,096 tan pada kira-kira jam 3:30 pagi di perairan wilayah berhampiran pulau Kuchinoerahu di selatan Jepun, beritahu Hiroshige Seko, jurucakap kerajaan, kepada wartawan.

Perairan wilayah adalah kawasan seluas 12 batu nautika, walaupun Jepun tidak berkata sejauh mana kapal China menceroboh kawasan berkenaan.

Kawasan itu adalah sebahagian daripada rangkaian pulau Jepun yang membahagi Laut China Timur dan Lautan Pasifik, dan tidak tertakluk kepada perbalahan wilayah.

Kapal China belayar ke tenggara dan keluar di perairan Jepun pada jam 5 pagi menuju ke Pasifik, beritahu Seko pada taklimat media.

Pencerobohan pada hari ini berlaku kurang seminggu selepas sebuah lagi kapal tentera laut China belayar berhampiran pulau yang dipertikaikan, walaupun tidak memasuki apa yang dilihat oleh Jepun sebagai perairan wilayah.

Jepun berkata pada minggu lalu bahawa frigat China kelas Jiangkai belayar ke ‘perairan bersempadan’ yang mengeli-lingi pulau Laut China Timur pada Khamis lalu.

Perairan bersempadan adalah kawasan 12 batu nautikal yang merentasi perairan wilayah. Di bawah peraturan antarabangsa, mereka bukan kawasan pemuliharaan mana-mana negara, walaupun kuasa re-siden mempunyai had tertentu.

Ia menandakan kali pertama sebuah kapal tentera laut China telah menghampiri pulau kecil dan Jepun memanggil duta Beijing untuk mengemukakan bantahan.

ARTIKEL YANG SAMA