Kapal China sertai pencarian MH370 diketuai Australia

Kapal China sertai pencarian MH370 diketuai Australia

SYDNEY, 29 Jan – Sebuah kapal China dijangka menyertai pencarian bagi pesawat udara MAS (Sistem Penerbangan Malaysia) MH370, timbalan perdana menteri Australia berkata hari ini, ketika nasib tentang pesawat udara itu masih misteri hampir dua tahun selepas ia hilang.

Dong Hai Jiu 101 akan menyertai tiga buah lagi kapal yang mengikat kontrak dengan firma Belanda, Fugro –Fugro Discovery, Fugro Equator dan Havila Harmony – pada masa melancarkan usaha mencari di selatan Lautan Hindi di perairan Australia Barat tempat pesawat udara itu dipercayai telah terhempas selepas melencong dari laluan penerbangannya.

Dengan membawa 239 orang penumpang bersama kru, pesawat itu hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014.

Setakat ini hanya bahagian sayap flaperon sepanjang dua meter yang hanyut di pantai pulau Lautan Hindi, Reunion pada Julai lalu telah disahkan datangnya dari pesawat udara itu.

“Kapal itu, yang telah ditawarkan kepada Perdana Menteri Turnbull oleh Perdana Menteri Li Keqing dari Republik Rakyat China pada November 2015, akan menjalankan operasi mencari di selatan Lautan Hindi,” ujar Timbalan Perdana Menteri Warren Truss dalam satu kenyataan.

“Jumlah nilai sumbangan oleh Republik Rakyat China, termasuklah kapal ialah kira-kira Aus$20 juta.”

Truss berkata kapal China tu akan dilengkapi dengan sistem sonar sepanjang enam kilometer yang ditunda, yang digunakan oleh para pencari untuk melihat lebih dekat lagi dasar laut yang kasar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA