Kapal diserahkan kembali

Kapal diserahkan kembali

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Mahkamah Tinggi di sini, memihak kepada syarikat perkapalan, Ngu Shipping and Trading Sdn Bhd dalam rayuannya untuk mendapatkan semula kapal muatan yang sebelum ini diarahkan rampasannya oleh Mahkamah Majistret.

Hakim Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid memerintahkan untuk kapal muatan Jinluck Dua itu dikembalikan kepada pemiliknya dan menyifatkan perintah rampasan itu adalah berlebihan.

“Hukuman denda yang dijatuhi sudah cukup memadai,“ kata Hakim yang turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo untuk mendapatkan perintah rampasan ke atas kapal muatan Abasa No.1.

pg06_151029_mahkamah logo2

Ngu Shipping and Trading Sdn Bhd pada April lalu mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Jinluck Dua dan Abasa No 1 dengan memasuki perairan Brunei tanpa kebenaran Pelabuhan Kastam Brunei dari Januari hingga November 2013 di mana Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhi denda $90,000 dan juga memerintahkan perampasan Kapal Jinluck Dua sementara kapal muatan Abasa No 1 pula dikembalikan.

Ngu Shipping and Trading Sdn Bhd diwakili peguam bela YC Lee and Evelyn Lee.

ARTIKEL YANG SAMA