Kapal induk Jepun lawat Malaysia

Kapal induk Jepun lawat Malaysia

PELABUHAN KLANG, 13 Mac (Bernama) – Kapal induk penyapu periuk api Jepun, JS Uraga (MST-463) tiba di Pelabuhan Selatan di sini hari ini untuk lawatan muhibah tiga hari ke Malaysia.

Kapal tersebut dari Divisyen 51 Penyapu Periuk Api Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (MSDF) diiringi oleh penyapu periuk api, JS Takashima (MSC-603) yang direka bina bagi menentang ancaman periuk api tentera laut.

Pegawai memerintah kedua-dua kapal itu, Kapten Toshihiro Takaiwa yang mengetuai lebih daripada 170 anggota kru, berkata kapal perang itu tiba di Pelabuhan Klang untuk lawatan muhibah dan ulang bekal sebelum menyertai eksesais menghapus periuk api diketuai Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Makio Miyagawa (tengah) bersama Kapten Toshihiro Takaiwa bersama pelajar dan anggota keluarga Japan School Kuala Lumpur (JSKL) ketika menyambut ketibaan JS Uraga dan kapal pengiring JS Takashima di Jeti Pelabuhan Selatan sempena lawatan tiga hari ke Malaysia bermula kelmarin hingga 14 Mac. - Bernama
Makio Miyagawa (tengah) bersama Kapten Toshihiro Takaiwa bersama pelajar dan anggota keluarga Japan School Kuala Lumpur (JSKL) ketika menyambut ketibaan JS Uraga dan kapal pengiring JS Takashima di Jeti Pelabuhan Selatan sempena lawatan tiga hari ke Malaysia bermula kelmarin hingga 14 Mac. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA