Kapal karam di Vietnam, 1 maut

Kapal karam di Vietnam, 1 maut

HANOI, 11 Okt – Sebuah kapal kargo yang membawa 44 orang karam di perairan pusat wilayah Quang Tri Vietnam hari ini, mengakibatkan seorang maut.

Menurut Pemerintah Pengawal Sempadan Quang Tri, lebih kurang 480 kilometer ke selatan ibu negara Hanoi, kapal itu sedang belayar dari pelabuhan Cua Tung Quang Tri ke pulau Con Co.

Pada 10:30 pagi (0330 GMT), pada jarak perairan 5 kilometer dari pulau itu, kapal tersebut tiba-tiba karam, menurut akhbar dalam talian tempatan VnExpress.

Kejadian itu membunuh seorang mangsa manakala kira-kira 43 yang lain berjaya diselamatkan oleh tiga buah bot nelayan tempatan.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kejadian itu, kata VnExpress. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA