Kapal kargo SpaceX balik ke Bumi

Kapal kargo SpaceX balik ke Bumi

MIAMI, 21 Mei – Kapal pembekal Dragon, SpaceX meninggalkan Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa (ISS) hari ini dan memulakan perjalanan baliknya ke Bumi di mana ia akan membuat pendaratan di Lautan Pasifik luar California, menurut NASA.

“Pelepasan itu telah disahkan, tepat jam 6:04 pagi (1104 GMT),” menurut pengulas NASA ketika agensi ruang angkasa Amerika Syarikat (AS) menyiarkan imej kapsul putih terapung jauh dari cabang robotik stesen angkasa lepas.

Dragon merupakan satu-satunya kapal pembekal yang berkebolehan kembali ke Bumi tanpa terjejas, dan membawa kira-kira 3,100 paun kargo balik dari kota kara orbit.

Pendaratan di air di Lautan Pasifik dijangka pada 1642 GMT.

Kapal angkasa itu dilancarkan pada 14 April dan tiba di stesen angkasa lepas tiga hari kemudian dengan muatan makanan dan bekalan bagi para angkasawan yang tinggal di angkasa lepas.

Imej TV NASA menunjukkan Dragon SpaceX ketika mula pelepasannya. – AFP
Imej TV NASA menunjukkan Dragon SpaceX ketika mula pelepasannya. – AFP

ISS memiliki sekitar enam angkasawan global yang biasanya tinggal di sana kira-kira enam bulan sekali.

Dua lelaki, angkasawan Amerika, Scott Kelly dan angkasawan Rusia, Mikhail Kornienko, telah menghabiskan masa setahun di makmal untuk menguji ketahanan badan dan minda manusia bagi persediaan untuk misi angkasa lepas jangka panjang pada masa hadapan. Mereka akan berlepas pada Mac tahun depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA