Kapal kontena S’pura dirampas di Nigeria

Kapal kontena S’pura dirampas di Nigeria

SINGAPURA, 7 Feb – Sebuah kapal kontena yang berdaftar di Singapura, Safmarine Kuramo, dirampas di pantai Nigeria dengan semua anak kapal dilaporkan selamat.

Dalam kenyataan hari ini, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata mereka menerima laporan mengenai rampasan berkenaan pada jam 8:06 malam (waktu Singapura).

Ketika kejadian, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pointe Noire, Congo ke Port Onne, Nigeria.

Menurut MPA, terdapat 25 anak kapal terdiri daripada warga Filipina, Afrika Selatan, India, United Kingdom, dan Thailand di atas kapal itu.

Kapal kontena berdaftar Singapura, Safmarine Kuramo, dirampas di pantai Nigeria dengan semua anak kapal dilaporkan selamat.
Kapal kontena berdaftar Singapura, Safmarine Kuramo, dirampas di pantai Nigeria dengan semua anak kapal dilaporkan selamat.

Kata MPA, pada 1:20 pagi (waktu Singapura), pihak berkuasa Nigeria berjaya membebaskan semua anak kapal dan kapal berkenaan.

Semua anak kapal terlibat dilaporkan selamat. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA