Kapal Malaysia mungkin diserang lanun

Kapal Malaysia mungkin diserang lanun

KUALA LUMPUR, 15 Jun (dpa) – Kapal tangki yang hilang lima hari lalu besar kemungkinan diserang oleh lanun, pengawal pantai Malaysia memberitahu hari ini.

Tetapi sehingga hari ini belum ada permintaan wang tebusan terhadap 22 anak kapal, kapal MT Orkim Harmony, yang hilang sejak Khamis lalu di perairan selatan negeri Johor, menurut Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (MMEA), Ahmad Puzi Ab Kahar.

“Jika kami ingin mengatakan mereka ini tebusan, tentu ada seseorang yang meminta wang tebusan,” beliau memberitahu sidang media.

Ahmad Puzi berkata, kapal yang hilang itu membawa 7,000 tan petrol gred tinggi dengan anggaran bernilai AS$5.6 juta

Beliau berkata pihak berkuasa maritim di Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Australia dan Amerika Syarikat sudah dimaklumkan mengenai kehilangan kapal tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA