Kapal MT Almi Spirit dinaiki enam perompak di Selat Singapura

Kapal MT Almi Spirit dinaiki enam perompak di Selat Singapura

JOHOR BAHARU, 15 Okt – Sebuah kapal, MT Almi Spirit dinaiki enam perompak di Selat Singapura, hari ini.

Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun Twitter beliau.

“ALMI SPIRIT dinaiki enam perompak di Selat Singapura 7am tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor,” katanya menerusi laman Twitter terbabit.

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan pada 1.30 petang ini di Pejabat APMM Wilayah Selatan, di sini, oleh Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kapten Maritim Aminuddin Abd Rashid. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA