Kapal pelayaran guna khidmat pelayan bar robotik

Kapal pelayaran guna khidmat pelayan bar robotik

NEW YORK, 13 Dis (dpa) – Sebuah bar baru telah dibina dalam kapal pelayaran Anthem of the Seas bersama pelayan bar robotik yang menyediakan minuman kepada para pelanggannya. Kedua-dua robot itu boleh mencampurkan puluhan minuman dengan pesanan yang dipesan menggunakan komputer tablet. Bar itu menyediakan kira-kira 100 pelbagai jenis ramuan dan selepas mencampurkannya, minuman itu dihantar kepada para pelanggan menggunakan tali sawat penyampai kecil.

Ketua kapal pelayaran Royal Caribbean, Michael Bayley, mengatakan pelayan bar manusia tidak perlu bimbang tentang pesaing robotik mereka.

“Ia hanyalah sedikit keseronokan buat para tetamu kami yang gemarkannya. Robot terlalu mahal untuk dibeli untuk melayani ramai tetamu.”

Kapal Bionic Bar masih memerlukan beberapa tenaga manusia, ketika cawan-cawan perlu dibersihkan dan kaunter perlu disapu oleh kakitangan bar biasa.

ARTIKEL YANG SAMA