Kapal pemecah ais Australia terkandas di Antartika

Kapal pemecah ais Australia terkandas di Antartika

AUSTRALIA, 25 Feb (Reuters) – Kapal pemecah ais Australia, Aurora Australis, telah terkandas di Antartika ketika dalam misi untuk pembekalan semula Stesen Mawson.

Kapal tersebut bebas daripada halangan ribut salji pada pagi Rabu lalu, menurut kenyataan dari Bahagian Antartik Australia.

Tiada seorang pun daripada 67 pengembara dan anak kapal di atas kapal tersebut, yang dimiliki oleh P & O Maritime Services, cedera. Kapal itu masih kedap air, tetapi cuaca yang buruk telah menghalang penelitian penuh kerosakan.

Angin sehingga 130 kilometer sejam (80 batu sejam) telah direkodkan oleh stesen cuaca automatik di Stesen Mawson semasa ribut salji itu.

Aurora Australis bertolak dari Hobart pada awal Januari lalu bagi menjalankan penyelidikan mengenai Kerguelen Plateau, pembentukan geologi di dasar laut.

Kapal perjalanan ke Antartika sering menghadapi keadaan berisiko. The Aurora Australis itu telah menyelamatkan kapal Rusia, Federation Akademik Shokalskiy yang didalamnya 52 anak kapal pada tahun 2014 lalu.

ARTIKEL YANG SAMA