Kapal perang AS kesan peluru berpandu ditembak

Kapal perang AS kesan peluru berpandu ditembak

WASHINGTON, 16 Okt – Tiga kapal perang Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah telah mengesan apa yang kelihatannya mungkin peluru berpandu ditembakkan ke arah mereka kelmarin namun tidak mengenai sasaran, menurut pihak tentera AS, di tengah-tengah ketegangan memuncak dengan pemberontak Huthi Yaman.

Para pegawai AS pada awalnya berkata peluru berpandu permukaan-ke-permukaan itu telah ditembakkan ke USS Mason, USS Niteze dan USS Ponce di luar pantai Yaman kira-kira jam 1930 GMT, walaupun ia tidak jelas berapa banyak.

Mereka kemudian menarik balik kenyataan itu yang mengatakan kapal-kapal itu telah mengesan apa yang kemungkinannya adalah peluru berpandu.

“Kumpulan Kapal Penyerang AS yang sedang transit perairan antarabangsa di Laut Merah telah mengesan kemungkinan ancaman peluru berpandu yang masuk dan mengerahkan langkah keperluan pertahanan,” kata pegawai pertahanan AS, bercakap tanpa menyatakan identiti.

“Penilaian selepas kejadian itu masih diteruskan. Semua kapal perang dan kapal AS di kawasan itu selamat.”

Kapal pemusnah USS Mason, yang berlayar di perairan antarabangsa luar pantai Yaman awal minggu ini, menggunakan langkah pencegahan tidak ditentukan bagi menangkis peluru berpandu yang muncul, menurut pegawai tentera.

Jika disahkan, percubaan serangan peluru berpandu itu akan menjadi pertambahan serius ke atas penglibatan AS dalam perang saudara maut yang telah membunuh lebih 6,800 orang, mencederakan lebih 35,000 dan memindahkan kira-kira tiga juta orang sejak pasukan gabungan diketuai Saudi melancarkan operasi tentera tahun lepas.

Para pegawai telah menekankan yang Washington mahu mengelak untuk terlibat dalam perang lagi di rantau yang sudah pun bergolak.

Pada Khamis, Tentera Laut AS telah melancarkan lima peluru berpandu Tomahawk di tapak radar mudah alih di pantai Laut Merah Yaman, wilayah dikawal Huthi, selepas pemberontak disokong Iran melancarkan roket ke USS Mason dua kali dalam masa empat hari. – AFP