Kapal perang Jepun tiba di Filipina

Kapal perang Jepun tiba di Filipina

TELUK SUBIC, Filipina, 26 April – Sebuah kapal perang Jepun selamat sampai ke pelabuhan Filipina berhampiran perairan Laut China Selatan hari ini, dalam satu petanda lain bagi hubungan peningkatan keselamatan antara seteru Perang Dunia Kedua untuk bertindak balas ke atas Beijing.

Ketegangan di Laut China Selatan – yang mana satu pertiga kapal minyak dunia melintasinya – telah semakin memuncak beberapa tahun kebelakangan sejak China mengubah terumbu yang dipertikaikan itu menjadi pulau buatan yang berkemampuan menyokong kemudahan tentera.

Kapal pemusnah Ise, Jepun berlabuh di Teluk Subic sementara dalam misi ‘latihan navigasi’, kata kapten kapal.

Ia menandakan kali kedua dalam masa kira-kira tiga minggu yang kapal tentera laut Jepun mengunjungi Subic, bekas pangkalan besar tentera laut AS yang terletak kira-kira 200km dari beting yang dikawal China.

“Kami ingin memperkukuhkan hubungan dengan Filipina,” Kapten Ise, Masaki Takada memberitahu para wartawan, yang dibawa menjenguk ke kapal tersebut.

Kru helikopter bagi kapal pengangkutan helikopter Jepun, Ise, berjalan di dek berhampiran bendera sejurus selepas tiba di pelabuhan Subic, bekas pangkalan tentera laut AS, utara Manila pada 26 April. – AFP
Kru helikopter bagi kapal pengangkutan helikopter Jepun, Ise, berjalan di dek berhampiran bendera sejurus selepas tiba di pelabuhan Subic, bekas pangkalan tentera laut AS, utara Manila pada 26 April. – AFP

Takada enggan mengatakan sama ada Ise sudah membuat perhubungan dengan kapal tentera laut China semasa pelayarannya itu.

Filipina, sekutu keselamatan AS bersama pihak ketenteraan dilengkapi senjata telah berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan Jepun ketika ketegangan memuncak berhubung laluan air dipertikaikan itu, yang hampir kesemuanya dituntut oleh China.

Lawatan Ise ke Filipina adalah yang ketiga daripada kapal perang Jepun tahun ini.

“Lawatan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan kami dengan mereka. Kami sudah pun mempunyai hubungan kuat dengan mereka namun kami ingin mempertingkatkannya lagi,” kata Kapten Tentera Laut Filipina, Samuel Felix memberitahu para wartawan. – AFP