Kapal perang Rusia, AS berselisih di Mediterranean

Kapal perang Rusia, AS berselisih di Mediterranean

WASHINGTON, 29 Jun (AFP) – Amerika Syarikat dan Rusia saling menuduh melakukan gerakan maritim merbahaya selepas kapal perang masing-masing belayar terlalu rapat di Laut Mediterranean awal bulan ini.

Kementerian Pertahanan Russia menyatakan kapal pemusnah USS Gravely melintas laluan kapal tempur Yaroslav Mudry pada 17 Jun lalu dengan begitu rapat.

Menurut Moscow, Tentera Laut Amerika melakukan pencabulan peraturan antarabangsa mengenai pencegahan pertembungan di laut, melanggar perjanjian maritim ditandatangani pihak berkuasa kedua-dua negara pada 1972.

Pegawai pertahanan Amerika kemudian memberikan kenyataan berbeza dengan menegaskan kapal Rusia sengaja bergerak mendekati USS Gravely.

Kapal tempur Rusia juga menunjukkan isyarat antarabangsa bahawa gerakannya akan dihadkan apabila ia mula mengemudi kira-kira tiga kilometer dari Gravely.

“Gerakan itu menunjukkan Yaroslav Mudry sebenarnya tidak mengehadkan gerakannya, sekali gus sengaja memberikan isyarat antarabangsa palsu,” katanya yang enggan dikenali,” katanya.

Moscow menegaskan kapalnya berada dalam perairan antarabangsa dan tidak melakukan gerakan merbahaya seperti didakwa kapal pemusnah Amerika.

Pegawai Amerika berkata, kedua-dua kapal berselisih pada jarak 288 meter. Bagaimanapun, Russia meletakkan jarak cuma 60 hingga 70 meter.

ARTIKEL YANG SAMA