Kapal, pesawat gempur China adakan latihan

Kapal, pesawat gempur China adakan latihan

BEIJING, 21 Ogos – Kapal terbang dan kapal-kapal China mengadakan perang olok-olok di Laut Jepun minggu lalu, menurut pihak ketenteraan, ketika Beijing memperlihatkan kapal perang generasi terbarunya ketika pertikaian wilayah dengan jiran-jirannya di Asia.

Kementerian Pertahanan berkata dalam satu kenyataan di laman sesawangnya lewat semalam bahawa latihan jangka panjang itu dilancarkan Jumaat lalu melibatkan tentera baru menentang tentera biru dalam serangan pengebom ke atas pasukan khas tentera laut.

Ia memetik pemerintah pe-nerbangan sayap penerbangan yang tidak dikenal pasti di bawah Armada Laut Timur, Zhang Wenzhong sebagai berkata pesawat gempur menemui, mengenal pasti dan menyerang sasarannya dalam ‘jangka singkat.”

Kenyataan itu tidak menyebut tentang jenis respons konflik dari latihan itu, bakal musuh atau mengapa Laut Jepun dipilih sebagai lokasi latihan. Bagaimanapun China semakin tegas terhadap tuntutannya ke atas rangkaian kepulauan tanpa penghuni yang dikawal oleh Jepun, dengan baru-baru ini menghantar lebih dua dozen kapal pengawal pantai ketika kapal nelayan China mengerumuni perairan sekitarnya.

Kementerian itu berkata kapal-kapal utama yang terlibat dalam latihan ialah Jingzhou, kapal perang senyap generasi terbaru jenis O54A yang mana China merancang untuk mengerahkan lebih dua dozen jenis itu dan Xi’an, kapal pemusnah jenis O52C.

Kementerian itu berkata pesawat udara dipandu ke sasaran mereka dengan bantuan kapal terbang amaran awal.

Jenis-jenis pesawat udara lain yang terlibat tidak dikenal pasti, meskipun China memperlihatkan kemampuan pengebom strategik jarak jauh generasi terbarunya, H-6K yang dilengkapi dengan peluru berpandu layar serangan darat DH-20, yang memberikannya kemampuan untuk menyerang sasaran sejauh Australia.

Hanya Rusia dan AS pada masa mampu melancarkan peluru berpandu layar dari udara. – AP

ARTIKEL YANG SAMA