Kapal pesiaran terbakar di Australia

Kapal pesiaran terbakar di Australia

SYDNEY, 12 Mei (AFP) – Lebih daripada 40 pelancong, kebanyakan mereka warga emas China, sedang pulih hari ini setelah melompat ke rakit keselamatan apabila kapal pesiaran jenis katamaran yang dinaiki oleh mereka terbakar di Australia.

The Spirt 1770 menghadapi masalah 10 batu nautikal dari luar bandar pantai 1770 ekoran lawatan ke pulau Lady Musgrave di Terumbu Sawar Besar, jelasnya apabila satu kebakaran bermula di bilik enjin.

Akhbar tempatan Gladstone Observer berkata 42 penumpang dan empat krew meninggalkan kapal dan melompat ke dalam air sebelum berenang ke rakit keselamatan lewat semalam.

Mereka terapung-apung selama beberapa jam sebelum tiga bot menyelamat tiba dan membawa mereka ke pantai, di mana gambar menunjukkan mereka berkumpul di bawah selimut ketika mereka dirawat oleh paramedik.

Para penumpang kapal tersebut yang kini dalam rawatan. – AFP
Para penumpang kapal tersebut yang kini dalam rawatan. – AFP

“Daripada 46 orang dalam kapal, 19 menerima rawatan atas kecederaan ringan di hospital di Bundaberg dan Gladstone,” kata polis Queensland dalam satu kenyatan. “Kapal terbakar pada kira-kira 4 petang dan seterusnya ditinggalkan pada kira-kira 4:30 petang sekali gus mendorong operasi mencari dan menyelamat. “Siasatan dalam kejadian masih diteruskan.”

Observer berkata kebanyakan pelancong adalah warga emas China, dengan yang lainnya dari Kanada, New Zealand dan Britain. Pelancong Inggeris Gemma Sargent berkata beliau dikejutkan oleh orang menjerit mengenai kebakaran.

“Secara tiba-tiba, kapten berkata “Turun dari bot!” dan saya melihat padanya memikirkan “Bagaimana?’,” beritahunya kepada Seven News. “Semua orang ditolak dari kapal sama ada anda boleh berenang atau tidak.”

Pulau Lady Musgrave, pulau karang kai, adalah destinasi pelancong yang popular kira-kira 500 kilometer dari utara Brisbane dan hanya boleh sampai dengan bot.

ARTIKEL YANG SAMA