Kapal plutonium ke AS tiba di pelabuhan Jepun

Kapal plutonium ke AS tiba di pelabuhan Jepun

TOKYO, 21 Mac (AFP) – Sebuah kapal pengangkutan senjata nuklear bersiap sedia untuk membuat penghantaran barang yang bernilai iaitu plutonium yang cukup untuk menghasilkan 50 bom nuclear itu tiba di pelabuhan Jepun hari ini dengan kawalan keselamatan yang ketat, lapor media tempatan.

Simpana stok, yang disediakan oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis beberapa dekad yang lalu bertujuan untuk penyelidikan, itu dikembalikan ke Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada perjanjian penyimpanan dua hala.

Rakaman televisyen menunjukkan kapal Britain yang berdaftar memasuki pelabuhan di Tokaimura, timur laut Tokyo, berhampiran dengan simpanan bahan yang sangat bertoksik.

Tokyo Broadcasting System (TBS) melaporkan bahawa polis meningkatkan keselamatan di sekitar pelabuhan itu di mana aktivis anti-nuklear yang menaiki bot itu memantau ketibaan mereka di luar pesisir. Setakat ini tiada laporan mengenai adanya protes.

TBS dan Kyodo News berkata, kapal itu bersedia untuk meninggalkan pelabuhan tidak lama lagi dengan membawa 331 kilogram (730 paun) plutonium, yang dijaga oleh kapal lain.

Pihak berkuasa Jepun tidak memberikan jadual berlepas atau perjalanan kapal tersebut, tetapi kumpulan kempen anti-nuklear berkata ia akan mengambil masa dua bulan untuk kapal itu tiba di kemudahan peralatan nuklear di Selatan Carolina.

ARTIKEL YANG SAMA