Kapal Taiwan bawa sirip yu ‘haram’

Kapal Taiwan bawa sirip yu ‘haram’

PORT MORESBY, 11 Sept (AFP) – Greenpeace semalam berkata mereka menaiki kapal Taiwan yang didakwa beroperasi secara haram berhampiran Papua New Guinea untuk memancing tuna dan membawa sirip yu dalam apa yang boleh menjadi contoh terbaru perdagangan gelap yang menguntungkan di rantau ini.

Tindakan kumpulan aktivis pada malam Rabu dilancarkan ketika pemimpin serantau bertemu di Port Moresby untuk Forum Kepulauan Pasifik dan mengusahakan pelan perikanan yang mapan.

Stok ikan laut global telah mencecah tahap terendah yang berbahaya, menurut panel bebas Suruhanjaya Lautan Global, menjejaskan negara yang bergantung kepada aktiviti perikanan seperti di Pasifik di mana perdagangan multi-bilion dolar tuna merupakan nadi ekonomi bagi sesetengah orang.

“Ia menunjukkan sejauh mana penangkapan ikan secara haram di luar pantai sudah berada di luar kawalan dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membantu negara-negara Pasifik dengan penguatkuasaan,” Lagi Toribau dari Greenpeace Australia Pasifik berkata dalam satu kenyataan.

Greenpeace berkata, Shuen De Ching No.888 yang dilaporkan dengan bendera Taiwan, telah beroperasi di perairan antarabangsa berhampiran PNG apabila aktivis menaikinya.

ARTIKEL YANG SAMA