Kapal tangki MT Orkim Harmony ditemui dirampas

Kapal tangki MT Orkim Harmony ditemui dirampas

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) – Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid berkata TLDM menerajui operasi menyelamat kapaltangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada3.45 petang semalam.

Ketika ditemui, kapal itu didapati telah ditukar namanya kepada ‘Kim Harmon’dipercayai sebagai taktik penyamaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, katanya kepada Bernama.

Sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang dilihat berada atas kapal tangki tersebut.

Perampas kapal meminta supaya mereka dilepaskan sebagai tuntutan untuk mereka membebaskan kru kapal itu.

Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam satu tweet berkata, mereka juga bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Indonesia.

“KD Terengganu sekarang sedang memujuk perompak-perompak yang berada atas kapal itu supaya menyerah diri dan berjanji mereka tidak akan diapa-apakan.

KD Terengganu sedang mengekori kapal tersebut dan berkomunikasi dengan Kapten kapal itu.

1 Semua kru berada dalam keadaan selamat dan tidak diapa-apakan,” katanya.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.

ARTIKEL YANG SAMA