Kapal terkandas di Antartika selamat

Kapal terkandas di Antartika selamat

SYDNEY, 13 Mac (AFP) – Kapal pemecah ais utama Australia telah selamat tiba ke tanah air bagi kerja-kerja pembaikan selepas terkandas di Antartika, apabila kerajaan mengucapkan terima kasih kepada pasukan antarabangsa dari China, Jepun dan Amerika Syarikat dalam membantu menyelamatkan para pengembara di atas kapal tersebut.The Aurora Australis telah mengharungi keadaan cuaca yang buruk dalam ribut salji yang kuat yang menyebabkan mereka terkandas di Pelabuhan Horseshoe berhampiran dengan stesen Mawson Australia pada 24 Februari, iaitu seramai 68 orang berada di atas kapal.

“Bantuan yang ditawarkan oleh ketiga-tiga program Antartika itu amatlah dihargai dan juga dari pertolongan sokongan dari negara-negara lain,” kata Hunt dalam satu kenyataan hari ini.

“Antartika adalah persekitaran yang ekstrem, jauh dan memang berbahaya. Kerjasama antarabangsa adalah penting bagi pasukan Antartika kami yang berdedikasi kerana dapat menjalankan kerja-kerja penting mereka.”

Pengembara dijadualkan akan diterbangkan ke Australia dalam tempoh beberapa hari akan datang, tambah Hunt. The Aurora Australis yang sudah lama itu, dimiliki oleh Perkhidmatan Maritim P & O, yang akan dijadualkan penggantiannya pada 2019 dengan sebuah kapal yang baru yang akan menjadi lebih cepat, besar dan juga lebih tahan lama.

ARTIKEL YANG SAMA