Kapten Feri Sewol dipenjara seumur hidup

Kapten Feri Sewol dipenjara seumur hidup

SEOUL, 12 Nov (AFP) – Mahkamah Tinggi Korea Selatan hari ini mengesahkan sabitan membunuh dan hukuman penjara seumur hidup bagi kapten dalam kes bencana feri Sewol, dengan mengatakan telah mengakibatkan lebih 300 orang penumpang lemas untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Sewol membawa 476 orang penumpang apabila ia karam di perairan pulau barat daya Jindo pada 16 April, tahun lalu. Dari 304 orang yang terbunuh, 250 orang adalah murid sekolah dari sekolah tinggi yang sama.

Tragedi itu mengejutkan dan mengundang keberangan di negara itu apabila jelas bahawa tragedi itu keseluruhannya berpunca dari manusia – hasil dari rekaan semula yang tidak mendapat kebenaran, ruang kargo yang lebih muatan, anak buah kapal yang tidak berpengalaman dan kaedah perhubungan tidak sihat antara pengendali dan pengawal atur kerajaan.

Kapten Lee Jun-Seok dan anak buahnya secara terbuka dicerca, terutamanya selepas tayangan video yang dikeluarkan yang menunjukkan mereka melarikan diri dari kapal itu ketika ratusan lagi penumpang terperangkap di kapal itu.

“Kapten Lee telah tidak membolehkan para penumpang sendiri meninggalkan kapal itu dengan lari meninggalkan kapal itu terlebih dahulu tanpa mengeluarkan perintah pemindahan,” Ketua Hakim Yang Sung-Tae berkata ketika dia membacakan perintah hari ini.