Kapten Man City cedera lagi

Kapten Man City cedera lagi

BERLIN, 23 Nov – Jurulatih Manchester City mendedahkan bahawa kapten pasukan Vincent Kompany akan tidak mampu beraksi buat beberapa minggu disebabkan kecederaan lutut.

City kini mengejar kemenangan di Jerman untuk menempatkan mereka ke peringkat 16 pasukan terakhir, namun mereka perlu melakukannya tanpa kapten pasukan mereka.

Kompany, 30, mengalami gegaran kepala ketika kemenangan Liga Perdana di Crystal Palace, namun juga mengalami kecederaan ligamen lutut.

“Kompany mempunyai masalah dengan lututnya. Dia mungkin tidak beraksi buat beberapa minggu,” ujar Guardiola.

Kompany cedera betis, pangkal paha dan paha dalam 2016 dan hanya memulakan dua aksi liga musim ini.

Kompany jatuh tersungkur ketika perlawanan menentang Palace baru-baru ini. – AP
Kompany jatuh tersungkur ketika perlawanan menentang Palace baru-baru ini. – AP

City yang kini di kedudukan kedua Kumpulan C di belakang pendahulu Barcelona, akan menempah tempat di peringkat kalah mati dengan satu lagi kemenangan ke atas Gladbach setelah memenangi perlawanan lepas 4-0 apabila Sergio Aguero menjaringkan hatrik pada pertengahan September.

Dia juga menjaringkan pada lawatan terakhirnya di Borrussia Park pada September 2015, menyudahkan penalti pada minit ke-90 untuk memberikan kemenangan 2-1 ke atas City, dan mejaringkan hatrik pada kemenangan 3-2 di tempat sendiri kepada Bayern Munich pada November 2014.

Ini adalah kali pertama Guardiola kembali ke Jerman bagi perlawanan kompetitif sejak dia keluar dari Bayern Munich pada Mei selepas memenangi tujuh gelaran dalam tiga musim.

Dia merehatkan Ilkay Gundogan ketika menentang Palace dan hanya menggunakan David Silva di bangku, satu petanda bahawa kedua-duanya mungkin beraksi di Borrusia Park. – AFP