Kapten penyeludupan cerita pengalamannya

Kapten penyeludupan cerita pengalamannya

ROTENDAO, Indonesia, 18 Jun (Agensi) – Kapten kapal penyeludupan manusia yang mengatakan dia dibayar oleh pihak berkuasa Australia untuk berpatah balik ke Indonesia telah menerangkan pengalaman pahitnya sewaktu pelayaran pulang.

Kapten warga Indonesia, Johanes Humiang, mengatakan dalam satu temubual kelmarin bahawa pihak berkuasa Australia menahan kapalnya dan memindahkan anak-anak kapal dan 65 pendatang lainnya ke dua kapal kecil dengan minyak dan makanan yang tidak mencukupi.

Dakwaan terhadap pembayaran terhadap penyeludup manusia telah menegangkan hubungan antara Indonesia dan Australia, yang mempunyai dasar untuk mematahkan balik pendatang yang tiba menggunakan kapal.

Humiang yang telah ditahan oleh polis Indonesia berkata wang yang dibayar kepadanya dan anak-anak kapal dibayar dua kali ganda daripada apa yang mereka dapat jika kapal mereka tidak dipintasi.

Perdana menteri Australia telah mengendahkan pelbagai persoalan mengenai insiden tersebut.

Kapten kapal mengatakan bahawa dia dan anak-anak kapal dibayar oleh pihak berkuasa Australia untuk berpatah balik - AFP
Kapten kapal mengatakan bahawa dia dan anak-anak kapal dibayar oleh pihak berkuasa Australia untuk berpatah balik – AFP