Karlovic catat rekod Terbuka AS

Karlovic catat rekod Terbuka AS

NEW YORK, 31 Ogos – Ivo Karlovic kini berada dalam buku rekod Terbuka AS semalam apabila mencatatkan 61 aces dalam kemenangannya 4-6, 7-6 (7/4), 6-7 (4/7) 7-6 (7/5) 7-5 ke atas Lu Yen-Hsun dari Taiwan.

Karlovic, 37, mengatasi catatan terbaik 49 ace sebelum ini bagi satu kejohanan di New York yang dihasilkan oleh Richard Krajicek dalam kekalahan beliau di peringakat suku akhir kepada Yevgeny Kafaelnikov pada tahun 1999.

Karlovic mencatatkan servis tiga kali ganda dari sebelumnya berbanding 50 aces dalam pertandingan itu- – prestasi terbaiknya dalam jelajah sebelum ini adalah 55semasa menentang Lleyton Hewitt pada 2009 di Terbuka Perancis.

Karlovic membuat pukalan semasa menentang Lu Yen-Hsun pada Terbuka AS di New York. – AP
Karlovic membuat pukalan semasa menentang Lu Yen-Hsun pada Terbuka AS di New York. – AP

Pada tahun yang sama, dia mencatatkan servis 78 aces menentang Radek Stepanek dalam pertembungan Piala Davis. Dia sekarang mengumpulkan 11,277 aces sepanjang kerjayanya, 1000 lebih banyak berbanding Goran Ivanisevic di tangga kedua.

“Sudah tentu ini adalah pukulan terbaik saya. Saya bekerja keras untuk itu. Saya berbangga mengenainya,” kata Karlovic.

John Isner berjaya menyamakan rekod Grand Slam sepanjang masa 113 aces dari kejayaan set kelimanya 70-68 ke atas Nicolas Mahut pada pusingan pertama Wimbledon pada 2010.

Pencapain Karlovic memberikan reaksi yang luar biasa di laman Twitter semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA