‘Karma bagus’ bantu Leicester

‘Karma bagus’ bantu Leicester

BANGKOK, 15 Mac (AFP) – Lonjakan Leicester City dalam Liga Perdana menyaksikan ramai pengulas tertanya-tanya apakah kunci kejayaan mereka tetapi seorang sami Thailand, Phra Prommangkalachan tahu sekurang-kurangnya satu rahsia mereka: karma yang bagus.

Dalam tempoh tiga tahun, dia dan sebahagian sami Buddha lain telah membuat perjalanan kerap mengunjungi kelab milik jutawan Thailand itu untuk memberikan restu dan menyerahkan azimat tuah kepada para pemain kelab.

“Saya menggantung azimat di leher mereka dan memberikan azimat ini,” dia memberitahu AFP di sebuah kuil di Bangkok, dengan pemidang yang memaparkan paten suci dan lambang kelab Leicester di tengah.

“Saya tidak pasti jika mereka memahami apa yang saya jelasnya mengenainya, tetapi mereka tahu ia akan membawa nasib baik,” tambhanya.

Pada masa ini berada di kedudukan teratas liga bola sepak yang disaksikan oleh dunia, Leicester dimiliki oleh seorang usahawan Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha dengan jenama King Power berada di depan jersi kelab.

Peningkatan mereka adalah salah satu cerita sukan David menentang Goliath dalam memori semasa – dan cerita kejayaan Thailand, di mana ia digelar Siamese Fox.

Vichai membeli kelab itu pada 2010 dan selepas beberapa permulaan sukar, pasukan itu dipromosi ke Liga Perdana di mana mereka sekarang berada di kemuncak.

Bilik lembaga usahawan itu mendapat pujian di atas pendekatannya untuk mengendalikan kelab dan pelantikan bijak para pemain dan pengurus.

Tetapi Vichai sendiri seorang yang pemalu dan menegaskan kedudukan kempen PR bersama pemilikan asing kelab-kelab Liga Perdana.

Phra Prommangkalachan berkata bilionair itu adalah seorang penganut Buddha dan percaya terhadap kuasa karma.

ARTIKEL YANG SAMA