Karnival Belia galak pengusaha belia jana ekonomi

Karnival Belia galak pengusaha belia jana ekonomi

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Nov – Sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunannya untuk menjadikan Daerah Tutong sebagai tempat persinggahan, Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong telah mengadakan Karnival Belia Daerah Tutong yang berlangsung selama dua hari, hingga hari ini, di kawasan Kompleks Sukan Tutong.

Beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk badan-badan sukarelawan, persatuan, kelab, syarikat tempatan dan orang ramai terlibat dalam sama-sama menjayakan karnival berkenaan yang menjadi platform kepada mengumpulkan para pengusaha tempatan khususnya belia dan penduduk di daerah ini bagi mengetengahkan produk-produk mereka.

Selain daripada gerai-gerai jualan, karnival turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti karaoke, persembahan akustik, bakat tarian, pemeriksaan kesihatan, pameran reptilia dan banyak lagi.

Penganjurannya adalah untuk mengumpul dana atau tabung Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong, di samping menggalakkan semangat kerjasama berpasukan dan hubungan erat antara agensi-agensi kerajaan, persatuan atau kelab dalam mengendalikan aktiviti belia serta menilai sejauh mana kekuatan mereka dalam menjana perekonomian yang kukuh dan berdaya saing.

Jualan Bazar turut diadakan pada Karnival Belia di Kompleks Sukan Tutong.
Jualan Bazar turut diadakan pada Karnival Belia di Kompleks Sukan Tutong.
Seorang pengunjung yang menggendong anaknya dilihat sedang memegang seekor ular pada Pameran Reptilia semasa karnival itu.
Seorang pengunjung yang menggendong anaknya dilihat sedang memegang seekor ular pada Pameran Reptilia semasa karnival itu.

ARTIKEL YANG SAMA