Karnival DST tawar pelbagai promosi

Karnival DST tawar pelbagai promosi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Karnival DST, sebagai salah satu acara sempena sambutan ulang tahun DST ke-20 tahun dengan membawakan tema ‘Tahun untuk Memberi’, membuka tirainya hari ini di Dewan BRIDEX, Jerudong.

Hadir menyempurnakan perasmian karnival yang akan berlangsung sehingga 6 Disember itu ialah Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof selaku tetamu kehormat majlis.

Pada majlis itu, beliau turut merasmikan semula laman sesawang DST iaitu dst.com.bn yang telah menjalani pengubahsuaian, meninjau ke sekitar karnival yang disertai kira-kira 102 pengusaha.

Dalam karnival kali ini, DST sekali lagi tampil dengan pelbagai tawaran dan promosi bagi produk-produknya malah pemegang kad DST juga berpeluang membeli pelbagai produk pada harga yang Istimewa.

Tetamu kehormat melancarkan Karnival DST 2015.
Tetamu kehormat melancarkan Karnival DST 2015.
Tetamu kehormat merasmikan semula laman sesawang rasmi DST
Tetamu kehormat merasmikan semula laman sesawang rasmi DST
Pengerusi DST Karnival 2015, Awang Amir bin Pehin Dato Hussin ketika menyampaikan ucapan.
Pengerusi DST Karnival 2015, Awang Amir bin Pehin Dato Hussin ketika menyampaikan ucapan.
Kelihatan sebahagian pengunjung ke karnival itu mengabadikan kenangan di hadapan logo bagi karnival itu .
Kelihatan sebahagian pengunjung ke karnival itu mengabadikan kenangan di hadapan logo bagi karnival itu .
Pelbagai hiburan yang terdapat di DST Karnival 2015.
Pelbagai hiburan yang terdapat di DST Karnival 2015.

pg05_151205_h

pg05_151205_e

Gelagat para pengunjung semasa di karnival tersebut.
Gelagat para pengunjung semasa di karnival tersebut.

pg05_151205_i

Salah satu permainan yang terdapat di karnival itu.
Salah satu permainan yang terdapat di karnival itu.

Bagi mereka yang berhasrat untuk berkunjung ke karnival berkenaan bolehlah menaiki perkhidmatan bas ulang-alik di kawasan letak kereta Jerudong Park Amphiteatre bermula jam 9 pagi hingga 9 malam pada hari Sabtu dan 7:30 pagi hingga 8 malam pada hari Ahad.

Selain menyaksikan persembahan oleh artis-artis tempatan dan jualan, para pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai kuiz serta membawa pulang hadiah ketika menyertai aktiviti di sana.

Pada hari terakhir karnival itu nanti akan diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pemenang promosi DST Extravaganza.

ARTIKEL YANG SAMA