Karnival Kebudayaan Bengoh akan dijenamakan

Karnival Kebudayaan Bengoh akan dijenamakan

KUCHING, 13 Nov – Penganjuran Karnival Kebudayaan Bengoh akan diteruskan tahun depan, dan dicadangkan akan dijenamakan semula sebagai ‘Festival Kebudayaan Bengoh’.

Ini kerana edisi kedua karnival itu yang berlangsung pada 29 hingga 30 Oktlepas melakar kejayaan luar biasa apabila lebih 10,000 orang mengunjungi karnival yang diadakan di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS), Jalan Semadang-Bau Off Jalan Puncak Borneo, kira-kira 43km dari sini. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rangen Jamang berkata pihaknya juga bercadang untuk mengadakan festival itu lebih awal iaitu sama ada pada Mei atau Jun sempena sambutan perayaan Gawai Dayak. Beliau berkata pelbagai program yang diadakan sempena karnival itu tahun ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung terutamanya pertandingan Ratu Kebudayaan Bengoh dan bermain gong serta tarian tradisional. – Bernama