Karnival mini di Times Square bermula

Karnival mini di Times Square bermula

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Bersempena dengan musim cuti persekolahan penggal pertama 2016, Pusat Membeli-belah Times Square ketika ini menganjurkan Mini Karnival ke-9, DC Adventure yang bermula hari ini hingga 29 Mac.

Dengan tema ‘DC Adventure’, para pelanggan boleh menikmati beberapa aktiviti dan pertandingan menarik yang dijalankan oleh pusat beli-belah itu.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi yoyo oleh Brunei Yo-yo Splinter Club, permainan-permainan karnival dan kaunter bergambar.

Menurut kenyataan Times Square, di sini, pada 27 Mac akan diadakan Pertandingan Peniru Gaya Terbaik, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Kostum ‘My Little Pony’ yang berterusan sepanjang karnival itu. Borang-borang bagi penyertaan peniru gaya terbaik boleh didapati di kaunter cabutan bertuah manakala pertandingan selebihnya boleh didapati di Kedai Best Eastern.

Beberapa aktiviti lain juga dimuatkan sepanjang acara itu seperti meletupkan belon, mewarna muka, bouncer, permainan nerf DC Heroes dan Cabaran Frisbee yang mana tiket-tiketnya boleh didapati di kaunter tiket bermula 10 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Di samping itu, Times Square juga akan mengadakan Pameran Perkahwinan (Wedding Exhibition) pada 7 hingga 10 April.

ARTIKEL YANG SAMA