Karnival Mini Times Square 9-13 Sept ini

Karnival Mini Times Square 9-13 Sept ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Sempena musim percutian sekolah kali ini, Pusat Membeli-belah Times Square akan mengadakan Karnival Mini Times Square edisi Rumah Hantu pada 9 hingga 13 September depan di ruang atrium pusat membeli-belah berkenaan.

Menurut kenyataan Times Square, di sini, hari ini, dengan tema Hospital Berhantu, karnival berkenaan akan memberikan pengalaman hiburan penuh inovatif kepada para pelanggan.

Sepanjang lima hari karnival itu, para pengunjung akan berpeluang untuk ‘bertemu’ dengan pelbagai jenis hantu menerusi bilik mayat dan bilik pembedahan.

Ia akan dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari kecuali hari Khamis yang akan dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang sahaja.

Di samping itu, pelbagai aktiviti lain juga akan diadakan seperti melukis muka dan memecahkan belon.

Times Square, dalam kenyataannya, turut memaklumkan bahawa Festival Makanan dan Filem Jepun akan diadakan bermula 18 hingga 20 September di mana orang ramai berpeluang mengetahui lebih mendalam mengenai makanan Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA