Karnival perikanan bermula esok

Karnival perikanan bermula esok

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan akan mengadakan Mini Karnival Perikanan 2016 selama empat hari mulai 28 April hingga 1 Mei bertempat di Kompleks Pendaratan Ikan, Muara.

Menurut kenyataan jabatan berkenaan, karnival tersebut akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali Jumaat yang bermula jam 8 hingga 11 pagi dan dari jam 2 hingga 5 petang.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan datang bagi memeriahkan acara karnival serta merebut peluang daripada pelbagai tawaran menarik produk-produk perikanan.

ARTIKEL YANG SAMA