Karnival perikanan bermula Jumaat

Karnival perikanan bermula Jumaat

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan akan menganjurkan Mini Karnival 2016 selama lima hari bermula 27 Mei ini bertempat di Kompleks Pendaratan Ikan, Muara.

Mini karnival tersebut dibuka untuk kunjungan orang ramai dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali Jumaat yang dibuka mulai 8 pagi hingga 11 pagi dan dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan karnival tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA