Karnival Perikanan di Muara

Karnival Perikanan di Muara

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Bagi memastikan industri penangkapan ikan, akuakultur dan pemprosesan ikan dikembangkan secara berterusan, Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan sekali lagi menganjurkan Karnival Perikanan di Kompleks Pendaratan Ikan Muara bermula hari ini.

Karnival selama lima hari itu disertai tujuh orang pengusaha dalam bidang akuakultur, tujuh buah industri penangkapan ikan dan 13 lagi dalam pemprosesan produk perikanan.

Selain memastikan industri itu terus berkembang, ia juga bertujuan membantu pengusaha-pengusaha perikanan menonjolkan pelbagai hasil produk perikanan berkualiti.

Salah seorang pengusaha tempatan yang ditemui pada jualan itu, Awang Asri bin Damit dari Syarikat Pengiran Haji Jaludin bin Pengiran Haji Mustapha, berkata beliau menyertai karnival itu setiap tahun dan menyaksikan sambutan orang ramai terus memberangsangkan.

Syarikat Pengiran Haji Jaludin menjual ketam suri dengan harga yang berpatutan dan lebih murah daripada harga biasa.
Syarikat Pengiran Haji Jaludin menjual ketam suri dengan harga yang berpatutan dan lebih murah daripada harga biasa.
Ikan segar dari laut turut dijual secara langsung semasa Karnival Perikanan itu
Ikan segar dari laut turut dijual secara langsung semasa Karnival Perikanan itu

Menurutnya lagi, pada karnival itu beliau memberikan diskaun pada harga-harga hasil tangkapannya seperti ketam suri yang biasa dijual $9 sekilo, namun di sana ia dijual $8 sekilo.

Karnival yang turut mempromosikan kempen makan ikan sebagai sumber protein yang menyihatkan itu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali pada Jumaat yang bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dan jam 2 petang hingga 5 petang.

Orang ramai dialu-alukan untuk datang bagi sama-sama memeriahkan karnival itu.

ARTIKEL YANG SAMA