Karnival ulang tahun ke-30 RIPAS Ahad ini

Karnival ulang tahun ke-30 RIPAS Ahad ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Kementerian Kesihatan akan mengadakan Karnival Ulang Tahun ke-30 Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) pada Ahad ini di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof akan menyertai acara basikalton bermula dari Hospital RIPAS dan berakhir di Commonwealth Drive dan seterusnya merasmikan aktiviti-aktiviti karnival di Dewan Al-Afiah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, antara aktiviti yang akan dijalankan adalah zumba, gerai jualan makanan, jualan car boot, permainan sukan ria, cabutan bertuah dan dapur eksekutif.

Bagi gerai jualan makanan dan car boot, penyertaan adalah dibukakan kepada orang ramai dan mereka yang berminat menyertainya bolehlah menghubungi talian 2242424 sambungan 6776.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan menyertai aktiviti tersebut dan semua bayaran sewa dan jualan tiket-tiket permainan akan didermakan kepada Tabung Amal Bantuan Pesakit, Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA