Karnival Ulang tahun Volkswagen

Karnival Ulang tahun Volkswagen

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Bermula hari ini hingga 10 Mei, Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar kereta jenama Volkswagen di negara ini, mengadakan Karnival Ulang Tahun yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen di Beribi. Sepanjang karnival berkenaan, pengunjung akan berpeluang melihat lebih dekat model-model kereta Volkswagen seperti Toureg, Golf Sportvan, Passat, Beetle dan Tiguan.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan berpeluang membuat uji pandu kereta-kereta Volkswagen.

Selain daripada itu, hidangan turut disediakan daripada Wing-It, Muffin Paradise Brunei dan Doug’s Cakoi, sambil mengikuti pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.

Permainan snookball memeriahkan karnival berkenaan.
Permainan snookball memeriahkan karnival berkenaan.