Kartun Charlie Hebdo papar budak lemas Syria

Kartun Charlie Hebdo papar budak lemas Syria

PERANCIS, Jan 15 (Reuters) – Sebuah lukisan di majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang menggambarkan Alan Kurdi, kanak-kanak Syria yang berusia tiga tahun ditemui mati di pantai Turki tahun lepas, akan membesar menjadi penyerang seks, menimbulkan kemarahan di media maya.

Kartun menggambarkan dua makhluk lelaki berjalan menuju wanita yang ketakutan dengan kapsyen: “Apakah akan jadi kepada si kecil Aylan jika dia membesar? (menjadi) pencabul di Jerman,”

Serangan seksual ke atas wanita di Cologne dan bandar-bandar lain di Jerman pada malam tahun baru, ramai menyalahkan pendatang, yang mengakibatkan lebih 600 aduan jenayah dan dasar tindak balas Canselor Jerman Angela Merkel terhadap pelarian. Lebih daripada 1 juta memasuki Jerman tahun lepas, iaitu jumlah yang lebih daripada mana-mana negara Eropah yang lain.

Kartun itu disiarkan seminggu selepas ulang tahun serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo di Paris yang mengorbankan 12 orang pada Januari tahun lepas. Ungkapan ‘Je suis Charlie’ (‘I am Charlie’), telah cepat diterima pakai oleh penyokong di laman maya.

Kali ini, ramai orang di media sosial berkata kartun itu berupa sindiran manakala yang lain mengatakan Charlie Hebdo itu masih berpegang kepada nada provokatif yang biasa dilakukannya agar membangkitkan perdebatan mengenai sikap wargaEropah kepada krisis pendatang asing.

Imej Alan tertiarap di pantai Turki September lalu muncul di seluruh dunia dan mendorong perasaan simpati terhadap nasib pelarian yang melarikan diri dari perang dan kemiskinan di Timur Tengah dan Afrika.