Karya 3 jurugambar Brunei dipamerkan di KLIA2

Karya 3 jurugambar Brunei dipamerkan di KLIA2

Oleh HM Yusof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Buat julung-julung kalinya tiga orang jurugambar tempatan telah diberi penghargaan untuk mempamerkan hasil fotografi mereka di Aras 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (KLIA2).

Jurugambar-jurugambar berkenaan ialah Haji Mohammad Yusof bin Mohammad Yassin, Haji Kahan bin Haji Nasir dan Haji Raff Momin.

Pameran seni yang pertama kali diadakan di KLIA2 sejak ia mula beroperasi, itu telah dibuka rasmi oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Balai Seni Visual Negara, Malaysia, Datuk Mahadzir Lokman.

Pameran bertema “Malaysia” sempena dengan “Pameran Seni @KLIA2” itu dibuka untuk kunjungan orang ramai selama sebulan hingga 27 Julai 2015.

Haji Mohammad Yusof bergambar bersama Dato Mahadzir Lokman di Majlis Pembukaan Rasmi Pameran Fotografi di KLIA2.
Haji Mohammad Yusof bergambar bersama Dato Mahadzir Lokman di Majlis Pembukaan Rasmi Pameran Fotografi di KLIA2.

Sebanyak 118 keping gambar hasil karya 37 jurugambar Malaysia termasuk Brunei Darussalam dan 30 keping lukisan hasil pelukis Malaysia diundang khas, menyertai pameran anjuran bersama Unit Urusan KLIA2 dan Kumpulan Street to Street Photography Malaysia berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA