Karya ‘Girls on the Bridge’ dilelong AS$54.5j

Karya ‘Girls on the Bridge’ dilelong AS$54.5j

NEW YORK, 15 Nov – Karya Edvard Munch ‘Girls on the Bridge’ dijual AS$54.5 juta di New York semalam, lelongan kedua tertinggi yang dibayar bagi pelukis dari Norway, kata Sotheby.

Lukisan tahun 1902 yang menggambarkan wanita dengan pakaian berwarna-warni dengan kontras gelap, dengan persekitaran yang menunjukkan terseksa, mencatatkan harga tertinggi berbanding anggaran lelongan dewan di atas AS$50 juta.

Lukisan itu memecahkan rekod setiap kali dilelong. Ia dilelong bagi AS$30.8 juta pada tahun 2008, berbanding dengan AS$7.7 juta pada 1997. Karya paling terkenal artis dari Norway itu, ‘The Scream’, mencatatkan karya seni paling malah yang dilelong $119.9 juta pada 2012. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA