Karya ‘Girls on the Bridge’ dilelong AS$54.5 juta

Karya ‘Girls on the Bridge’ dilelong AS$54.5 juta

NEW YORK, 15 Nov – Karya Edvard Munch ‘Girls on the Bridge’ dijual AS$54.5 juta di New York semalam, lelongan kedua tertinggi yang dibayar bagi pelukis dari Norway, kata Sotheby.

Lukisan tahun 1902 yang menggambarkan wanita dengan pakaian berwarna-warni dengan kontras gelap, dengan persekitaran yang menunjukkan terseksa, mencatatkan harga tertinggi berbanding anggaran lelongan dewan di atas AS$50 juta.

Lukisan itu memecahkan rekod setiap kali dilelong. Ia dilelong bagi AS$30.8 juta pada tahun 2008, berbanding dengan AS$7.7 juta pada 1997. karya paling terkenal artis dari Norway itu, ‘The Scream’, mencatatkan karya seni paling mahal yang dilelong iaitu AS$119.9 juta pada 2012.

Gambar fail 4 November 2016 menunjukkan karya Edvard Munch ‘Girls on the Bridge’ dijual dengan harga AS$54.5 juta di New York kelmarin. – AP
Gambar fail 4 November 2016 menunjukkan karya Edvard Munch ‘Girls on the Bridge’ dijual dengan harga AS$54.5 juta di New York kelmarin. – AP

‘Girls’ adalah salah satu lukisan utama di Impressionist and Modern Art Day Sale, Sotheby.

Lelongan lukisan musim luruh itu dianjurkan oleh Sotheby dan pesaing Christie yang akan diteruskan sepanjang minggu ini.

Di Sotheby, tumpuan kembali terhadap siri lukisan dari Pablo Picasso bertajuk “Painter and his model” yang dijual dengan harga AS$12.9 juta semalam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA