Karya pelajar KIGS dipamer

Karya pelajar KIGS dipamer

Oleh Lyna Mohamad

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Karya seni dan reka bentuk produk fungsian kini sedang dipamerkan di Kolej IGS (KIGS) untuk dijual oleh pelajar-pelajar tahun akhir Reka Bentuk Grafik kolej berkenaan dan menandakan pameran Reka Bentuk Grafik VIBE pertama bagi projek pelajar tahun akhir Diploma Lim Kok Wing.

Sebagai sebuah kolej yang menekankan ke atas keusahawanan, pameran berkenaan bukan hanya memfokuskan ke atas karya seni dan rekaan malahan juga aktiviti perniagaan secara keseluruhannya dan menerusi acara berkenaan ia diharap agar pelajar-pelajar dapat mengalami sendiri persekitaran perniagaan sebenar dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi usahawan kreatif dan inovatif pada masa depan.

Ketua Kesenian dan Kemanusiaan di KIGS, Dr Malai Yunus bin Malai Yusof berkata, adalah bagus melihat bakat-bakat dalam kalangan orang muda, sambil menambah, akhirnya bakat-bakat ini boleh mewarnakan industri-industri kreatif yang semakin berkembang.

“Bakat ini boleh dilihat sebagai salah satu potensi pempelbagaian dalam ekonomi kita,” tekannya.

pg02_160703_b

Manakala itu, pensyarah di kolej berkenaan, Ijjojji Nordin pula berkata bahawa mereka telah mengenal pasti ramai pelajar berbakat di kolej itu, dan beliau berpendapat, tidak memadai jika karya mereka akan diteliti bagi tugasan dan peperiksaan, sebaliknya ia patut dikongsi dan dipamerka n kepada orang awam.

Dengan itu, tambahnya, para pelajar dapat mengalami sendiri industri reka bentuk di mana salah satu cabaran besarnya adalah untuk menarik perhatian pasaran.

Pameran berkenaan akan berlangsung sehingga 6 Ogos, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di lobi KIGS, dan orang ramai dialu-alukan untuk datang dan menyaksikan pameran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA