Karya tempatan ditayangkan di Festival Filem Sci-fi London

Karya tempatan ditayangkan di Festival Filem Sci-fi London

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Sebuah filem dokumentari Brunei, Vanishing Children yang dihasilkan oleh pelakon dan pengarah tanah air Abdul Khabir Zainidi telah ditayangkan di Festival Filem Sci-fi London, baru-baru ini.

Filem dokumentari mengenai kehilangan dan pemburuan hantu itu merupakan filem pertama dari Brunei yang menyertai festival berkenaan.

Karya yang ditulis, diarah dan dirakamkan oleh Abdul Zainidi telah menerima sambutan dan reaksi positif daripada penonton yang menganggapnya sebagai satu filem yang memberikan pengalaman yang baru dan cukup menarik serta menyatakan bahawa karya anak tempatan itu tidak klise.

Pengarah festival, Louis Savvy mengalu-alukan kedatangan Abdul Zainidi pada hari pertama festival dan berasa sangat begitu dengan penyampaian cerita Vanishing Children serta memilihnya untuk menyertai Festival Filem Sci-fi London yang kini sudah memasuki tahun ke-15 penganjurannya.

Abdul Khabir Zainidi bersama dengan pengarah Festival Filem Sci-fi London, Louis Savvy.
Abdul Khabir Zainidi bersama dengan pengarah Festival Filem Sci-fi London, Louis Savvy.

Abdul Zainidi sendiri menyatakan rasa bangga kerana berpeluang untuk menjadi wakil Brunei pertama yang menyertai festival berkenaan.

Beliau juga telah berjaya mewakili Brunei melalui sebuah filem pendek yang bertajuk ‘JENTINGKAI’ di Festival Filem Cannes, Paris baru baru ini.

Filem pendek ‘JENTINGKAI’ merupakan sebuah cerita yang berasaskan kisah dongeng yang dirakamkan di Daerah Tutong mengisahkan mengenai seorang budak yang terjumpa tembaga di pantai dan di dalamnya tersimpan suatu rahsia.

ARTIKEL YANG SAMA