Kastam China rampas 15.6 tan dadah

Kastam China rampas 15.6 tan dadah

BEIJING, 26 Jun (Xinhua) – Kastam China telah merampas 15.6 tan dadah yang diseludup sejak 2014, menurut Pentadbiran Am Kastam (GAC).

Dadah itu, termasuk heroin, methamphetamine, kokain dan candu, dirampas dalam 1,091 kes yang membabitkan lebih daripada 1,055 tersangka.

Kebanyakannya ditemui dalam pemeriksaan ke atas pelancong, bungkusan pos dan penyerahan kiriman cepat, menyumbang kepada 474 kes.

Walaupun kurang kes penyeludupan dijalankan menerusi perkhidmatan pengangkutan, kes berkenaan membabitkan sejumlah besar dadah.

Misalnya, kastam Guangzhou di selatan wilayah Guangdong China membongkar dua kes penyeludupan menerusi perkhidmatan pengangkutan, merampas 339 kilogram methamphetamine kesemuanya.

Saluran penyeludupan telah pun menjadi semakin rahsia dan dilakukan secara sembunyi.

Kastam Shanghai memintas kokain yang disembunyikan dalam wain merah, dan kastam Qingdao menemui kokain dalam beg plastik yang dijahit pada seluar dalam.

Penyeludup telah pun mengupah atau memaksa wanita mengandung, budak di bawah umur, orang tua dan wanita berpendidikan kolej untuk membawa dadah.

China telah aktif dalam usaha kerjasama global untuk memerangi penyeludupan dadah.

Satu operasi penguatkuasaan kastam global, diberi kod “SKY-NET” dianjurkan pada 2012 oleh Pertubuhan Kastam Dunia dalam kerjasama erat dengan GAC, telah membawa kepada penemuan 18.6 tan barangan haram pada akhir 2015.

Hari Antarabangsa Membanteras Penyalahgunaan dan Penyeludupan Dadah telah pun diraikan di seluruh dunia pada 26 Jun sejak 1987.

ARTIKEL YANG SAMA